MUNICH - Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo berjaya membuktikan
kredibiliti beliau selaku pengendali yang hebat sebaik membantu pasukan
itu menjulang trofi Liga Juara-Juara.
Awal pagi semalam,
The Blues berjaya menamatkan kemarau trofi
Liga Juara-Juara apabila menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi penentuan
sepakan penalti di Allianz Arena.
Sebelum ini, nasib malang
The Blues yang dilihat agak hambar
pada permulaan musim ini di bawah kendalian Andre Villas- Boas, ternyata
berubah sebaik menerima sentuhan Di Matteo, 41, pertengahan Mac lepas.
Namun, tidak mustahil aksi final semalam merupakan perlawanan terakhir Di Matteo sebagai pengendali sementara
The Blues
memandangkan pemilik kelab, Roman Abramovich dilaporkan begitu ghairah
mahu mendapatkan pengurus baharu yang lebih terkenal musim depan.
"Kadang-kadang bola sepak boleh membuatkan anda menjadi gila. Tidak
ada sesiapa yang menyangka kami mampu muncul juara musim ini.
"Bagi saya, ia penamat yang cukup sempurna," kata Di Matteo.
Menurut beliau: "Kami hanya melakukan yang terbaik untuk menang.
"Kami berjaya melakukannya meskipun tanpa empat pemain utama, sebabnya memang kami layak muncul juara."
Pada masa sama, Di Matteo juga enggan mengulas mengenai masa depannya
di Stamford Bridge meskipun mendapat sokongan majoriti pemain terutama
kapten, John Terry yang mahu- kan beliau kekal sebagai pengurus.
"Ia tidak penting sama ada saya kekal ataupun tidak.
"Sejujurnya, saya gembira dengan peranan yang diberikan dan menerima
apa jua keputusan mengenai nasib saya selepas ini," katanya.
Rakan sejawatannya di Bayern, Jupp Heynckes juga memuji kredibiliti yang dimiliki Di Matteo.
"Jika saya Abramovich, saya akan menawarkan kontrak selama tiga tahun lagi buat Di Matteo," katanya. - Reuters
Sumber-
Kosmo
Sumber Pic-Google
Watch TV Online Free here
LiveTV@sukan2review
Find us at FACEBOOK heresukan2review FB page